Isnin, 16 November 2009

Resepi Puding

Puding Cream Caramel

Bahan-bahannya

500 ml susu segar Dutch Lady

4 biji telur

100 gm gula (gula hangus )

60 ml air

80 gm gula icing

Sedikit esen vanila

Cara Membuatnya

Panaskan oven 170 'c selama 15 minit

Masak gula hingga perang

Tambahkan air dan biarkan gula cair sepenuhnya

Tuangkan ke dlm loyang

Dalam bekas lain pukul gula icing dgn telur dan esen vanila hingga sebati sahaja

Jangan pukul sampai berbuih utk elakkan tekstur puding menjadi tidak cantik

Susu tadi panaskan tapi jgn sampai mendidih

Tapiskan bancuhan telur tadi dan masukkan ke dlm susu

Masukkan bancuhan susu ke dlm loyang tadi

Lapik loyang dgn bekas lain yg berisi sedikit air utk elak puding merekah

Bakar suhu 170'C selama 45 minit sehingga masak

Simpan dlm peti ais sebelum dihidangkan



Cream caramel ini rasanya sgt sedap dan kalau makan sedikit macam tak cukup je.Kalau nak beli dekat pasar ramadhan harganya agak mahal untuk sepotong puding jadi lebih baik buat sendiri.Suami saya yg mengemari puding ini jd saya pun belajar lah membuatnya

Sumber Resepi : Resepi Sendiri

Nota: Puding ini teksturnya agak lembut.Kalau nak senang mkn bakar dlm bekas yg kecil-kecil.Kalau nak keraskan sedikit dan senang dipotong bolehlah ditambahkan dgn 2 sudu besar tepung kastard ke dlm adunan susu tadi

Puding Buah Sos Kastard

Bahan-bahan Puding
10 gm agar-agar serbuk
6 gelas air
1 tin buahan koktel (asingkan airnya)
1 helai daun pandan
2 cawan gula
1/2 cawan susu cair
Pewarna merah

Cara Membuatnya
Masukkan serbuk agar-agar,air dan daun pandan ke dalam periuk
Masak sehingga mendidih
Masukkan gula dan air dari buahan koktel tadi dan biarkan mendidih lagi
Tutup api dan buangkan daun pandan
Masukkan susu cair dan sedikit pewarna merah
Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan

Bahan Untuk Sos Kastard
2 cawan susu cair
1 cawan air
1/2 cawan gula
3 sudu besar tepung kastard

Caranya
Masukkan semua bahan dalam periuk
Masak dengan api sederhana dan nampak pekat
Hidangkan dengan puding dan buahan koktel tadi

Puding ini lagi sedap jika dimakan sejuk.Rasa lemak dan manis menyerlahkan rasa puding ini
Sumber Resepi : Hanieliza @ Fotopages

Puding Triffle

1 tin susu cair
1 sudu besar gula
4 sudu besar tepung kastard
Sedikit air untuk campur dengan kastard
1/2 biji kek gulung
1 tin buahan koktel (asingkan air dan buah )
1 kotak agar-agar jeli kristal Nona

Cara Membuatnya
Panaskan susu cair dgn gula
Bancuh tepung kastard dgn air tadi
Masukkan bancuhan ke dlm susu cair yg mendidih
Masak sehingga pekat dan tutupkan api
Dalam bekas lain susun kek hingga habis kemudian basahkan dgn air buahan koktel tadi
Masukkan buahan koktel hingga habis
Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buahan tadi
Untuk jeli larutkan jeli seperti arahan pada belakang kotak
Akhir sekali tuangkan jeli ke atas kastard dan sejukkan
Bila dah keras bolehlah dihidangkan

Puding triffle boleh dibuat menggunakan bahan-bahan mengikut selera kita seperti perisa kek gulung dan juga jeli.Lagi sedap kek dan jeli yang kita gunakan lagi sedaplah puding triffle ini
Sumber Resepi :Myresepi.com








Ahad, 15 November 2009

Air Tangan Mama Amalin & Hariz



Kek Coklat Moist








Kek Butter Oren










Ayam Masak Hitam






Daging Masak Merah







Puding Cream Caramel








Puding Triffle







Kek Gula Hangus






Kek Lapis Asam Manis







Kek Carrot






Kek Coklat Moist






Kek Buah Hantaran Adik





Kek Coklat Hantaran Adik





Saya membuat kek dan memasak sekadar sebagai hobi dan untuk santapan keluarga.Walaupun ramai yang menyuruh saya membuat jualan tetapi buat masa sekarang biarlah ia menjadi hobi dahulu.Saya berasa sangat seronok apabila memasak dan keseronokan itu bertambah apabila ramai yang menyukai air tangan saya.Insyaallah saya akan meneruskan minat saya ini buat selamanya.









Jumaat, 13 November 2009

Kenangan Keluarga













Hari Pertunangan adik 2009















Hari persandingan zamilah 2009




Hari Raya Aidilfitri 2009









Konvokesyen adik 2007










Hari Raya Aidilfitri 2008









Hari Raya Aidilfitri 2006



Semua peristiwa baik yang berlaku di dalam hidup kita akan meninggalkan kenangan manis yang tidak akan kita lupakan.Segalanya akan memberi rencah kepada kehidupan dan akan mewarna warnikan hidup kita.











Resepi Kek 2

Kek Gula Hangus

Bahan-bahannya
1 cwn gula
1 cwn air panas
1 cwn tepung gandum
1 cwn susu pekat
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 sudu besar mentega

Cara Membuatnya
Masak gula hingga perang
Masukkan air panas dan masak lagi hingga gula cair
Tutup api dan masukkan mentega biarkan sejuk
Pukul telur hingga kembang dan pekat
Masukkan susu pekat ke dlm telur dan kacau sebati
Masukkan tepung dan soda yang telah diayak
Masukkan air gula yg dah sejuk
Perap adunan selama 3 jam dgn menutupnya untuk mendapatkan sarang yg cantik
Bakar pada suhu 170 'c selama 50 minit



Kek ini rasanya sgt sedap dan ramai yg menggemarinya.Bahan-bahannya mudah didapati dan senang membuatnya

Sumber Resepi : Myresepi.com


Kek Batik Biskut Merry

Bahan-bahannya
600 gm biskut merry (di pecah 4)
2 cwn serbuk koko*
2 cwn milo*
1 cwn nestum*
1 1/2 cwn gula*
250 gm butter
6 biji telur
1 gelas susu cair
1 gelas air kosong

Cara Membuatnya
Satukan bahan-bahanyg bertanda * dan gaul sebati
Pukul butter dan telur sampai sebati
Masakkan bahan-bahan yg bertanda * tadi dan bila semuanya dah sebati masukkan adunan telur dan butter tadi
Kemudian masukkan susu cair dan air kosong
Kacau sampai sebati dan pekat
Apabila adunan sudah mula menggelegak masukkan biskut merry dan kacau sebati
Masukkan adunan dalam loyang dan mampatkan
Sejukkan dlm peti ais dan bolehla di potong

Resepi ini saya mula mencubanya ketika belajar di universiti.Rasanya sedap lemak manis dan digemari ramai
Sumber Resepi : Shuharni Jaafar iaitu rakan saya


Kek Buah Tanpa Telur

Bahan-bahannya
250 gm butter
1 tin kecil susu pekat manis
1 kotak kecil mixed fruit Nona (anggaran 200 gm)
1 cwn air masak
Bahan A
3 cwn tepung gandum
1/2 cwn jus oren
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara Membuatnya
Campurkan butter,susu pekat,mixed fruit dan air masak di dlm periuk dan masakkan dengan api yg kecil sehingga cair.Angkat dan biarkan sejuk seketika.Masukkan ke dlm peti ais dan simpan semalaman
Keluarkan bancuhan tadi dan biarkan selama 1 jam
Campurkan dengan semua bahan A dan kacau sebati
Bakar suhu pada 170'c selama 45 minit

Kek buah ini selalunya saya menyediakan campuran buahnya pd waktu malam dan membuatnya pd keesokkan paginya.Kek ini memang menjadi dengan elok dan buahnya tidak turun ke bawah.
Sumber Resepi : Myresepi.com


Tiramisu Simple

Bahan-bahannya
Sebiji sponge kek
200 ml whipping cream
250 ml cream cheese
1/2 cwn gula halus
1 cwn air panas
1 sudu besar nescafe
Sedikit serbuk koko

Cara Membuatnya
Bancuh nescafe dgn 1 cwn air panas
Satukan gula,cream cheese dan whipping cream dan pukul adunan hingga kembang dan gebu
Potong kek kpd 3 bahagian
Susun 1 bahagian kek dlm bekas dan tuangkan 1/3 nescafe atas kek.Sapu 1/3 bahagian adunan cream atas kek yg disapu nescafe tadi
Susun lagi yg selebihnya dan ulang sehingga habis
Simpan di dlm peti sejuk dan hiaskan dgn serbuk koko apabila hendak makan

Tiramisu ini memang simple.Walaupun bahan-bahannya agak mahal tapi puas memakannya . Sumber Resepi : Myresepi.com


Kek Carrot
Bahan-bahannya
Bahan A
250 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
Bahan B
160 gm gula castor
140 gm gula perang
4 biji kuning telur
1 1/2 cwn minyak jagung (minyak masak pun boleh)
1 cwn carrot yg di sagat
Bahan C
4 biji putih telur
Bahan D
100 gm walnut cincang (digoreng tanpa minyak)

Cara Membuatnya
Ayakkan bahan A
Campurkan bahan B hingga sebati
Pukul putih telur dgn elektrik mixer sehingga kembang
Campurkan bahan A dan B dan gaul sebati
Campurkan putih telur ke dlm adunan td dan pukul perlahan
Jangan terlebih pukul cukup sekadar adunan sebati.
Akhir sekali masukkan walnut
Bakar pada suhu 175 'c selama 50 minit-55 minit

Cream Cheese Frosting
120 gm gula icing
250 gm cream cheese
120 gm unsalted butter
1 sudu teh esen vanila
Pukul semua bahan sehingga kembang dan berkrim

Satu resepi yg mudah dan lazat dimakan dgn cream cheese frosting
Sumber Resepi : Internet



Mutiara Hati Mama

Hariz 4 bulan


Hariz 3 bulan


Hariz 1 bulan







Hariz 1 hari






Ahmad Hariz B Ahmad Rizal

Dilahirkan pada 12 Jun 2009 bersamaan hari Jumaat pada pukul 10.22 minit malam.

Ahmad Hariz terpaksa dilahirkan secara pembedahan kerana saya mengalami pendarahan yang banyak.Alhamdulillah walaupun terpaksa bertarung nyawa Hariz lahir dengan selamat dan sempurna.Semoga Hariz menjadi anak yang soleh dan dapat berbakti kepada keluarga.Amin..






Khamis, 12 November 2009

Mutiara Hati Mama


Nurin Amalin 3 tahun


Nurin Amalin 2 tahun

Nurin Amalin 1 tahun






Nurin Amalin 1 Hari


NURIN AMALIN BT AHMAD RIZAL

Dilahirkan pada 30 Jun 2006 bersamaan hari Jumaat pada pukul 12.30 tengah hari di Hospital Seri Manjong,Perak.Alhamdulillah kerana nurin dapat dilahirkan secara normal walaupun terpaksa menahan sakit kontraksi yang amat kuat.Semoga Nurin Amalin menjadi anak yang soleh serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.Amin..

Kau Cinta Hatiku


Ahmad Rizal B Ahmad Zamri merupakan cinta hatiku.Setelah berkenalan selama empat bulan hatiku terbuka untuk menerimanya menjadi teman hidupku. Kami mengikat tali pertunangan selama setahun dan diijab kabulkan pada 22 May 2005.Hidup kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada Jun 2006.Kini hidup kami diserikan lagi dengan seorang lagi cahaya mata lelaki yang lahir pada Jun 2009.
Semoga engkau terus mencintaiku sepertimana cintanya Nabi Muhammad SAW kepada Siti Khadijah.Ku doakan agar rumahtangga yag kita bina ini terus berkekalan sehingga ke akhir hayat.Aku akan setia padamu bukan sahaja di dunia ini malah di akhirat kelak.

Rabu, 11 November 2009

Resepi Kek

Kek Coklat


Bahan-bahannya
250 gm tepung naik sendiri (Diayak)
250 gm butter
350 gm gula icing
60 gm serbuk koko Vochelle (Diayak)
60 gm cooking coklat Vochelle (cairkan guna kaedah double boiler)
6 biji telur gred A
Sedikit esen vanila
Cara Membuatnya
Pukul butter dan gula icing sehingga kembang dan putih.
Masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti dengan esen vanila.
Masukkan tepung dan serbuk koko.Gaul hingga rata dan masukkan coklat masakan.
Pastikan adunan digaul dengan sempurna.
Bakar pada suhu 170'c pada masa 50 hingga 55 minit.

Kek ini adalah kek pertama yang saya cuba buat ketika masih belajar.Rasanya sedap apabila menggunakan coklat jenama Vochelle kerana warnanya yang hitam dan rasa coklatnya sangat sedap.

Sumber Resepi : Buku masakan


Kek Coklat 1
Bahan-bahannya
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 cawan susu segar coklat Dutch Lady
Setengah cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Setengah cawan serbuk koko Vochelle
2 cawan tepung gandum

Cara Membuatnya
Pukul telur hingga kembang.Masukkan gula dan pukul lagi.
Masukkan minyak masak.
Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur selang seli dengan bahan A.
Bakar pada suhu 170'c untuk 50 minit ke 1 jam.

Topping
Setengah cwn serbuk koko
Setengah cwn susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Susu cair secukupnya.
Masak semua bahan ini sehingga pekat seperti topping.
Kek coklat ini dah banyak kali saya cuba.Rasanya memang sedap dan moist sekali.
Sumber Resepi : Fendi di Myresepi.com


Kek Coklat Moist

Bahan-bahannya
250 gm butter
1 cwn gula castor
1 cwn gula perang
4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
1 cwn susu segar suam
1 1/4 cwn tepung naik sendiri
3/4 cwn serbuk koko

Cara Membuatnya
Ayak tepung dgn serbuk koko
Pukul butter dan gula hingga kembang
Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi
Masukkan susu dan juga tepung secara selang seli dan pastikan adunan rata
Bakar pada suhu 170'c selama 50 minit

Kek ini pun sedap dan resepinya lebih kurang dgn resepi kek coklat Fendi cuma ia menggunakan butter.
Sumber Resepi : Kak Izan di Myresepi.com












Belajar Memasak

Pada mulanya saya memang tak berapa pandai memasak.Tetapi apabila sudah berkahwin kesedaran itu wujud dalam diri saya.Pesan orang-orang tua ambillah hati suami dengan air tangan isteri.Jadi saya pun berusahalah belajar memasak dari ibu dan juga dari buku-buku masakan seperti Saji dan Rasa.Selain dari itu internet juga banyak memberi ilmu kepada saya apabila saya melayari laman web masakan.Pelbagai jenis resepi yang mudah boleh dipelajari.Saya sangat berminat dalam mencuba resepi membuat kek dan alhamdulillah sehingga kini telah banyak resepi kek yang telah saya cuba.Kepada pembaca sekalian cubalah resepi-resepi yang bakal saya kemukakan nanti.Selamat Mencuba..

Hidup Ini Singkat

Kita sebolehnya tidak ingin mengungkapkan perkataan "penyesalan" di dalam hidup kita.Kita boleh menghindarinya sekiranya kita mengaturkan hidup ini dengan baik dan berhati-hati.Hidup ini singkat dan kita tidak tahu bila masa ajal akan menjemput kita.Oleh yang demikian nikmatilah kehidupan yang kita ada sekarang dan hargailah segala yang kita miliki dengan ikhlas.Kepada insan-insan yang kita kasihi sentiasalah menghargai mereka.Ungkaplah kata-kata sayang setiap hari dan jagalah hati mereka dengan sebaik mungkin.Layarilah hidup ini dengan melakukan perkara-perkara yang menggembirakan bersama pasangan.Jangan ego atau bertangguh-tangguh untuk melakukan yang terbaik untuk mereka kerana bimbang esok-esok yang kita harapkan mungkin tidak akan kita ketemuinya lagi.Oleh itu sebelum kita menutup mata lakukanlah yang terbaik untuk diri sendiri serta insan-insan yang menyayangi kita.

Selasa, 10 November 2009

Kehidupan Itu Indah

Pertama kalinya marilah kita mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat dariNya kita masih mampu meneruskan hidup ini.Setiap insan pastinya mempunyai kehidupan yang berbeza-beza.Ada yang hidupnya sentiasa dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Ada pula yang hidup dengan penuh kedaifan.Kebahagiaan dan kesempurnaan itu yang selalu di cari dan ada yang memperolehnya tetapi ada juga yang terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan dan liku-liku hidup yang tidak berkesudahan.Itulah dinamakan lumrah dunia.Bermacam ragam dan perihal manusia yang perlu kita hadapi.Tetapi kita sebagai insan dan hamba kepadaNya hendaklah selalu bermuhasabah diri serta ingat yang kehidupan yang kita miliki sekarang hanyalah bersifat sementara.Oleh itu bersederhanalah kita dalam mengejar kekayaan dunia dan mengimbangi antara dunia dan akhirat.Allah sentiasa mengasihi hambaNya.Semakin kuat dugaan yang diberikanNya semakin mendekatkan kita denganNya.Cuma kadang kala kita yang lupa pada Maha Pencipta.Renungkanlah...

ASSALAMUALAIKUM..








Assalamualaikum w.b.t
Selamat datang ke halaman blog saya.Tujuan saya mereka blog ini hanyalah untuk mengisi masa lapang dan membuat catatan resepi-resepi yang telah saya cuba.Saya juga ingin berkongsi pengalaman dengan teman-teman yang mempunyai minat yang sama dengan saya.Semoga blog ini dapat memberi manafaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya.